Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM.

SELAWAT DAN SALAMLAH DENGANNYA SELALU, SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.

Thursday, February 11, 2010

YBK: 1,000 demonstrasi, hantar memorandum kepada MB


12/02/2010 3:22pm

SHAH ALAM 12 Feb. – Kira-kira 1,000 ahli UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima semula cek bernilai RM5.46 juta bagi membayar cukai tanah tertunggak milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Terdahulu, mereka berkumpul di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini selepas solat Jumaat.

Tuesday, February 9, 2010

Zambry sah MB Perak



PARA penyokong Barisan Nasional yang sebahagiannya rakyat Perak menadah tangan tanda kesyukuran atas keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam, mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak. – Utusan/hanafi khamis


PUTRAJAYA 9 Feb. – Pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar, tiba ke penghujung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

  • Keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff

    yang menolak rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

  • Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak kembali menumpukan usaha pembangunan negeri dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak minta semua pihak menerima dengan hati terbuka.







  • Friday, February 5, 2010

    Isu kedutaan asing, rahsia negara diselesai ikut saluran diplomatik

    05/02/2010 4:16pm


    BAGAN DATOH 5 Feb. – Isu kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara akan diselesaikan menerusi saluran diplomatik, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Katanya, melalui saluran diplomatik berkenaan, pihak yang terbabit akan diberitahu supaya tidak lagi melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.

    Ahmad Zahid mengesahkan penjelasan terperinci mengenai perkara itu telahpun disampaikannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mendedahkan perkara itu, semalam.

    "Demi menjaga hubungan diplomatik dengan negara jiran, Perdana Menteri meminta supaya tidak didedahkan kedutaan yang terbabit dalam kes ini.

    "Perdana Menteri berharap supaya Kementerian Pertahanan memberitahu melalui kaedah diplomatik dalaman kepada pihak berkenaan agar perkara ini dapat dijelaskan dengan baik tanpa mendedahkan identiti negara terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

    Ahmad Zahid berkata, beliau mengharapkan cubaan untuk mendapatkan maklumat rahsia negara tidak akan diulangi oleh negara jiran berkenaan yang mempunyai hubungan pertahanan dengan negara ini.

    "Kita berharap hubungan diplomatik dan diplomasi ketenteraan dengan negara berkenaan terus terjalin dengan baik,” katanya.